Monday 18 November 2013

Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News.



Paris Jackson berkata, dia mahu menggunakan sebahagian daripada harta pe­ninggalan bapanya untuk membina se­mula Neverland, khusus untuk menghibur kanak-kanak kurang bernasib baik.

Pelajar itu berkata demikian ketika menceritakan saat bahagia yang dikongsinya dengan bapanya yang mati ketika berusia 11 tahun.
Dia mengunjungi kediaman zaman kanak-kanak­nya dua tahun lalu dan terkejut melihat roda Ferris yang menjadi tarikan utama di situ sudah ditanggalkan.

“Saya menangis dan menangis. Roda Ferris itu memang sesuai di situ. Tetapi ia sudah tiada,” katanya.

Paris berkata, ia perlu dipasang semula untuk faedah kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dia merancang memulakan projek itu sebaik mencapai usia dewasa.

Kenyataannya pasti me­ngejutkan jutaan peminat Michael Jackson yang pernah melihat impian superstar itu untuk membina tempat istimewa bagi kanak-kanak musnah.

Paris yang kini berusia 15 tahun juga merancang memberi penghormatan kepada mendiang bapanya de­ngan mentatu kata-kata yang pernah diucapkan Jackson kepadanya pada pergelangan tangannya apabila dia dewasa kelak.

Ketika ini, dia me­ngenang bapanya de­ngan meletakkan gambar Jackson di bilik tidurnya di rumah besar yang didiami bersama dengan abang, Prince, 16, dan adik, Blanket, 11, di atas bukit di Los Angeles.

Mereka dijaga oleh ibu Jackson, Katherine, 82.

“Saya mempunyai ba­nyak kenangan bersama bapa. Dia bapa yang menakjubkan. Kami akan menyayanginya hingga mati. Dia sentiasa cuba mendidik kami seboleh yang mungkin.

“Dia sentiasa mengawasi dan melindungi kami,” kata Paris.

Gadis itu menjelaskan alasan Jackson memaksa mereka bertopeng apabila berada di tempat awam.

“Dia tidak mahu sesiapa melihat rupa kami. Dengan cara itu kami memperoleh apa yang tidak pernah diperolehnya kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

“Dia juga cuba memberi keluarganya satu kehidupan seperti kanak-kanan lain walaupun mengadakan pementasan di luar daerah atau negara.

“Ini termasuk me­ngubah kamar hotel menjadi pawagam de­ngan projektor mudah alih,” katanya.

Cerita Paris itu menyerlahkan perkara baru dalam kehidupan penuh kompleks Jackson dan sekali gus mendedahkan kasih sayangnya terhadap Prince dan Paris yang dilahirkan oleh bekas isterinya, Debbie Rowe serta Blanket oleh seorang ibu tumpang.

Kehidupan ketiga-tiga anak Raja Pop itu kini dibiayai oleh Yayasan Keluarga Michael Jackson.

Yayasan berkenaan juga bertanggungjawab membayar gaji 15 kakitangan sepenuh masa, termasuk pengawal peribadi, tukang masak, dua pengasuh, pembantu rumah dan tukang kebun di kediaman yang disewa dengan harga AS$26,000 (RM78,000) sebulan itu.

Kediaman mereka dikawal ketat dan kalis paparazi dan antara jiran mereka ialah Justin Bieber dan Britney Spears.

Meskipun kaya dan dari keluarga yang terkenal, Paris belajar di sekolah biasa.

“Saya mahu mempunyai pe­ngalaman bersekolah sama seperti orang lain,” kata­nya yang kini menganggotai pasukan sorak dan mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak selain menceburkan diri dalam bidang fotografi.

Dia turut mewarisi minat bapanya dalam bidang muzik dan mendedah mendiang bapanya pernah mengajar­nya menari.

Namun, Paris tidak merancang menjejaki bapanya dalam dunia hiburan. Impian gadis itu ialah untuk menjadi pakar bedah jantung.

“Saya mahu membantu orang ramai. Itu saja,” katanya.

Dia mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan majalah Event ketika keluarga Jackson bersiap sedia untuk mengemukakan saman berjumlah AS$40 juta (RM120 juta) terhadap AEG, promoter konsert Michael Jackson, ‘This Is It’ di Arena 02 London.

Menurut dokumen mah­kamah, Katherine menuduh AEG mementingkan keuntungan besar hasil daripada konsert itu tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan Jackson.

Paris dan abangnya dijangka memberi kenyataan untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi bapa mereka apabila kes itu dibicarakan.

Sumber : Reuters

4 Buah Hotel Paling Seram Di Dunia

Hotel Crescent 


Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling angker di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri. 

Hotel Queen Mary


Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia sanggup berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer "The Grey Ghost" untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary bertabrakan dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu bergentayangan di Queen Mary. 

Lizzie Borden Bed and Breakfast 


Hotel ini menjadi angker setelah tanggal 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan tewas diantara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya tergeletak di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan mengganggu pengunjung hotel. 

The Old Spot Hotel 

Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu lalu dijadikan tempat perkantoran dengan berbagai aktifitas bisnis. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.

Thursday 7 November 2013

Borang Permohonan Dan Syarat-Syarat BR1M 3.0 2014


Borang Permohonan Dan Syarat-Syarat BR1M 3.0 2014.Orang ramai mesti tersenyum dengan kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.Nak tahu maklumat lanjut,beritabest telah berkongsi maklumat seperti dibwah tentang BR1M 3.0 2014.


BR1M 3.0 2014 - Borang Permohonan & Syarat-Syarat

Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.

Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.

Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.

Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014.

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online

Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman yang tertera dibawah:


Nota Penting: Setakat ini permohonan BR1M 3.0 secara online masih belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan November 2013.Kami akan maklumkan disini dari masa ke semasa sekiranya borang pendaftaran BR1M 3.0 secara online sudah dibuka kelak.